Salam..entry nie post lepas tengok gambar member-member aku kat dalam facebook. Betul ke ada orang cakap nak cari pasangan masa kita dah besar. Paling awal pun masa kita form 4. Orang tu cakap, kalau cari pasangan masa tengah remaja tu cam form 2,3 masa tu jangan nak percaya sangat sebab masa tu cinta monyet je.. Tapi bila kita besar sikit kita baru paham erti sebenar cinta. So, jadi hubungan tu boleh la kekal lama sebab masing-masing dah besar kan. Tapi betul ke apa orang cakap tu??
Ikot kajian aku sendiri la kan..sape yang kapel dari kecik macam form 1 pun dilihat hubungan boleh kekal lama jugak. Maybe sebab masing-masing masih kecik mentah dan xtahu apa2. Tapi lain pulak jadinya bila kita kapel masa form 2,3. Sebab waktu tuh orang kata darah panas. Perasaan ingin mencuba tu tinggi. Masa tu jugak la orang terdedah dengan rokok, dadah daan sebagainya. Tapi tu zaman aku. Zaman sekarang budak form 1 pun dah pandai nak isap rokok. Ntah2 masa zaman millenium tuh budak form 1 pun dah pandai ambil dadah. Manalah tahu kan. Harap dijauhkan.
Lepas tu aku perhatikan pulak sapa2 yang kapel masa form 4,5. Aku tengok kebanyakkan mereka kekal lagi sampai sekarang. Harap mereka sampailah ke akhir hayat. Penat taw bila bercinta sakan last2 xjadi. Wang duit, masa segala benda la. Tapi jangan nak salahkan takdir. Daripada perhubungan yang lepas, kita pasti dapat belajar sesuatu. Cuba pikir balik. Walau sepahit mana pun kenangan itu, ada jugak yang pelajaran dari situ. Jadi kita xakan ulang balik kesilapan. Kan3..??
Walau pun macam tu, aku tengok pasangan yang sebaya yang belum ada apa-apa pengalaman yang kebanyakan akan kekal lama. Lain pulak dengan pasangan yang berbeza umur. Tengok setakat ni masih bahagia lagi. Bagusla kalau macam tu. Owh..yang nie cakap balik pasal budak form 4,5 punya hubungan taw.
Hubungan dekat U pulak semakin rancak. Yelah, masing2 da ada perasaan sendiri. Dah tahu apa yang perlu dalam kehidupan. Mana yang sedang berbahagia tu harap kekal lah. Jangan gaduh2 sampai melarat. Tapi seronok sesuatu perhubungan dekat U mungkin atau tak mungkin boleh seindah dekat U. Yelah, dekat U jarak tak jadi penghalang. Walau sesibuk mana korang belajar, tetap ada masa nak berseronok n nak manja2. Tapi bila dah masuk kerja, korang jumpa lagi macam2 orang. Berduit pulak tu. Kena pulak korang memang kerja yang tension2. Macam mana korang nak handle.
Tapi benda2 macam tu xakan jadi masalah kalau korang atasi. Masa tulah yang akan jadi kemuncak perhubungan korang. Orang kata kalau jodoh xkemana. Macam mana nak kata ada jodoh kalau hati dah ada kat orang lain. kan3??
So..kesimpulannya, perhubungan ketika umor matang kurang sedikit peratusnya untuk rasa kecewa putus cinta. Perhubungan yang stabil, matang akan menjadikan sesuatu perhubungan itu menjadi lebih lancar. Nak buat hantaran kahwin pun xada masalah. Cakap aje berapa..hee~
No comments:
Post a Comment